Tuesday, August 2, 2011

pertandingan membela bangsa dan agama..

menjadi seorang yang matang dan berfikiran holistik, adakalanya sesuatu yang dibiaskan melalui gegendang telinga serta retina mata kerap kali membanding beza dan menimbulkan persoalan teras dan kontras, disebalik tersirat mahupun tersurat, juga membuat sebahagian manusia menjadi taksub..umpama gagak berlegar di udara, menunggu mangsa rebah di medan perang..begitulah kesempatan yang acap kali menjadi permainan dalang-dalang bangsa dan agama apabila terdengar seruan TA..

yang pertama ialah harTA..
yang kedua ialah waniTA..
dan yang ketiga ialah takhTA..

TA yang pertama menggambarkan betapa rakusnya manusia jika dibandingkan sesama haiwan peliharaan mahupun ternakan di ladang mahupun di hutan..apatah lagi binatang yang berkeliaran tanpa tujuan dan tanpa akal fikiran..tetapi kesedaran seumpama manakah yang harus diperinci supaya manusia yang tamakkan harta mampu bertaubat??semuanya tersedia di depan mata..cuma berusaha mengubah diri agar terbabas dari jalan menuju ke neraka..sekarang,semua orang bertanya di manakah hak-hak orang miskin???tanya lah perdana menteri..di manakah harta negara yang berjuta-juta???sudah ditelan dek kroni-kroni...di manakah ketelusan itu???..ini nya tidak,hampir pilihanraya ada sahaja wang yang dihulurkan.."anda bagi saya menang,6 juta ringgit saya bagi keesokan harinya"..wah3..sungguh mudah disuap,bila ditanya mulalah menarik muka...

TA yang kedua dispesifikasikan sebagai masalah lelaki..mengapanya tidak perempuan?kerana wanita itu perempuan bukannya lelaki..jika wanita itu lelaki,itu bohjan namanya..disebabkan wanita,lelaki menjadi lemah..disebabkan wanita,lelaki menjadi unta..disebabkan wanita,lelaki rela menuntut bela membuat samseng di merata-rata..namun jangan di lupa,wanita melahirkan kita..wanita melengkapkan rumahtangga..wanita juga mempunyai hak untuk dibela..pokoknya,wanita lah menghiasi hati dan jiwa..namun,janganlah lalai..tersalah percaya,durjana lah kita..akhirnya kita yang merana,wanita menjadi raja..sungguh sedih,sungguh pilu jika ini menjadi cerita..

TA yang ketiga sungguh sinonim dengan gila kuasa mahupun gila pangkat..sanggup menabur fitnah kerana takhta..mengapa??kerana takhta akan dapat wanita dan harta..tiada takhta maka tiada harta dan wanita kah??semuanya lawak jenaka..budak tadika lagi tera (pandai)..bila tiba hari raya,ada juga tok imam berlumba-lumba nak jadi kepala..sebab apa???sebab dapat duit raya la..janganlah jadi seperti itu,ikhlas kan diri,insyaAllah segalanya akan baik belaka..menjadi ketua memang mudah..untuk memerintah,sangatlah susah..itulah namanya amanah..kalau tidak berjaya,itu menggambarkan kita lemah..jadi ap masalahnya,berfikir apa yang salah kemudian perbaiki sehingga pulih apa yang telah dicacat cela..namun pabila berterusan beristiqamah berjoli di sini sana,memang papa kedana lah rakyat jelata..slogan berbunga-bunga,sia-sia kalau dibiar sja..

sedarlah wahai islam yang berbilang bangsa..sedarlah wahai melayu yang beragama islam..jangan jadikan destinasi ke syurga semata-mata untuk membuat rosak kepada dunia..di dunia lah kena bersedia,untuk menuju ke syurga sana..

panjang lebar ucapan nie kan..semua terluah dari celah gusi sampai la ke hujung kaki..susah nak jadi sempurna,tapi boleh berusaha kalau nak..mendapat sedikit lebih baik dari tiada langsung..wallahu`alam..

No comments:

Post a Comment