ingin firasat hatiku membongkar segalanya...
dedaun berlambaian ditiup haruman angin kasturi...
menusuk deria setiap kalbu yang berduka...
keputihan sayapmu menggambarkan ketulusan hati yg bisa membuat sejuta bintang berkelipan di siang hari...
ulir-ulir kayu terukir corakan seni nusantara asli yang membawa kepada keindahan naluri isi hati dan perlakuan mu...
jeritan dan tangisan keriangan mu yang selalu menghiasi kepekatan dan kegelapan malam yang tak berteman...
gurisan yang ditoreh dihati mu menjadikan dirimu seteguh gunung ledang yang menghiasi semenanjung...
wangian kasehmu bersebaran memujuk hati yang memerlukan belaian...
kilau kemilau mata mu bersinar manis memikat setiap renungan yang bertemu...
matlamatmu gah dihadapan yang ingin kau capai seulir derapan kakimu...
pernah kesekian kali,sang mentari menyinari hidupku di kala hujan menghiasi hari...
dirimu umpama pelangi ceria penghias bumi setelah rintisan halus hujan emas...
kata-kata mu yang begitu bermakna bak embun yang mengisi kedinginan pagi...
kedatanganmu si rama membawa seribu makna kepada ribuan jiwa...
nescaya...percayalah wahai sang penghibur hati yg sunyi
bahawa hati ini ingin membisikkan sedalam-dalam kalbu bahawa tiada rama-rama yang mampu pertahan warna-warninya
jika disimbah air kecuali satu jiwa rama-rama yang ku temui...
itulah rama-rama kesayangan ku...
dan itulah engkau...
dan tetap sebagai engkau sehingga ke penghujung hayat sang bumi...